Saturday, April 13, 2013

Nota Dlm Bntuk Flash





Salam semua..
Sebelum nie cikgu de kongsikan beberapa latihan dlm bntuk flash kan?
Jwb laa cikgu tnye nie..
Hohohoho..
Ntah ape2 kan..
Kali nie cikgu nak kongsikan nota yg dlm bntuk Flash plak..
Hope dpt mbntu korg smua..
Daaa..
(^-^)


Mekanisme Pernafasan

Nota Ringkasan Pernafasan 

Pengangkutan Oksigen

Kesihatan Sistem Respirasi 







Sharing is Caring ^-^

Flash Video (Exercises)



Assalamualaikum..

Kali nie cikgu nk kongsikan beberapa latihan yg bkaitan dgn bab respirasi ini..
Ianya dlm bntuk FLASH VIDEO..
Tp bkn cikgu yg hasilkn..
Cikgu dpt bahan nie dr blog bbrpa org cikgu yg lbh pakar dlm subjek Sains ini. Mereka juga ambik bahan tsbut dr CD Kementerian..

Selamat b'exercises.. Huhuhuhu.


Melabel Struktur Paru-paru

Latihan Mekanisme Pernafasan

Latihan Pernafasan


Latihan Pengangkutan Oksigen









Sharing is Caring ^-^

Nota Express




Assalamualaikum semua..
Sambil cikgu duk tgh cri bahan2 utk blog cikgu nie, cikgu tjumpa satu blog yg memuatkn byk nota2..
Lau kamo smua ingin memasuki blog tsbut, nie blog die http://pbssainsonline.blogspot.com

Gunakan sebaik mungkin bahan tsbut krna bg cikgu ianya amat penting utk proses pembelajaran kamo smua..

Di sini cikgu hanya ingin kongsikan satu nota yg dikenali sbgai "Nota Ekspress"..
Apa kamu smua ingat bas je yg ada "ekspress" kat blkgnya.. Nota pon de gak tau.. Hohoho..

Ok la, cikgu x mo nk mlalaut byk da..
Stdy SMART (^-^)
Daa..
Credit to: http://www.scribd.com
Sharing is Caring ^-^

Friday, April 12, 2013

Bagaimana Cara Manusia Bernafas



Hellow-hellow and hellow..

Hari nie cikgu da kongsikan bbrpa video bkaitan respirasi..
Kali nie cikgu nak kongsikan video lagi bsama kamoo smua..
Tp dlm bntuk animasi a.k.a kartun!
Sblm tu cikgu mohon maaf sbb video ini dlm Bahasa Indonesia..
Cikgu bhrap agar kamoo smua fhm dgn bhsa atau prkataan yg digunakan..
Lau x fhm jgk pergi tnye kwn2 yg fasih mgenai bhasa Indonesia..
Hahahaha.. x de kje kan?

Selamat mencuba memahami bhasa Indonesia..
Dada.. 
(^-^)






Credit to: http://www.youtube.com
Sharing is Caring ^-^

Video: Bagaimana Jantung Bekerja




Assalamualaikum..
Cikgu nak kongsikan satu lagi video yg mnunjukkn bgaimana jantung kita bekerja..
Ianya sbgai satu ilmu tmbhn utk mmudahkn kamoo smua memahami mgenai struktur jantung dlm bdn kita.. 
Selamat mnonton.. (^-^)

p/s: Video ini dlm Bhsa Inggeris. Lau x fhm kena laa cuba fhmkn sbb smua bhn yg cikgu jmpa kbykkn dlm Bhsa Inggeris. Sory to say!!






Credit to:http://www.youtube.com
Sharing is Caring ^-^

Video : Respirasi

Assalamualaikum semua..
Ha, watpe petang2 niey? 
Msti ngah tgk cite industan kan?
Mentang2 hr nie hr Sabtu...
Hohoho..
Tgk tu blh, tp pndai2 laa kamoo bhgikn mse yep..
Ttibe mbebel la plak..
cowie.. Bese laa sejak mmasuki alam dewasa nie cikgu suka sgt mbebel..
Huhuhu..
Ok, hri nie cikgu nk kongsikan DUA video yg bkaitan dgn bab respirasi nie..
Tp bkn laa video sgt sbb dlu ianya dlm bntuk slide dan kmudiannya owner kpd bhn2 tsbut convert dlm bntuk video.
Maka, thasillah dlm bntuk video.. hahahaha.. Mcm lawak plak pktaan yg cikgu guna tuh.. 
Xpe laa, asalkn kamoo smua fhm kan?
Cikgu chaow chin chau dlu yep..
Daaa..

                                        

                          Video 1:




                           Video 2:

Credit to: http://www.youtube.com
Sharing is Caring ^-^

Slide: Pernafasan


Olla everyone..
Nie nota dlm bntuk slide presentation yg ley dijdikn rujukn.. 
Mybe slide nie lbh advance dr topik yg kt bljr, tp cikgu rse ianya bguna krna notanye lbh padat..
Dlm subjek Sains, kita prlu lbh mmhami fakta dan bukannya mgingat. Mybe cara sesorg bljr lain. Tp cikgu lbh m'syorkn utk lbh mmhmi fkta dr mgingatinye.. 
Mcm biase, selamat stdy and not stadoo..




Sharing is Caring ^-^

Thursday, April 11, 2013

Nota In BI (^-^)

Credit to: http://www.scribd.com
Sharing is Caring ^-^

JaNtUnG (Flash Video)

Assalamualaikum..
Hellow-hellow and hellow..
Brape byk hellow da.. 
Hohohoho..
Ritu cikgu da bg nota bkaitan respirasi..
Kali nie cikgu bagi link di mana kamoo blh tgk dgn lbh jelas pgerakan jantung dlm bdn kita..
Semoga ianya dpt mbntu kamoo smua dlm mmhmi bab ini..
Tp tlbh dhlu cikgu mntk maaf sbb cikgu hnya dpt bhn tsbt dlm bhsa Inggeris.
Bahan nie cikgu dpt dr website Panitia Sains SMK Ungku Husin Endau Johor.. 
Di bwh nie cikgu de bg link.. Sape2 yg mmrluknnya blh laa kunjungi website tsbt.. 
(mcm skema lak ayat.. huhuhu).
Selamat study.. And bkn slmt stadoo.. Hahahaha.. tata


Utk rujukan:

Kat bwh nie mgndungi flash video struktur jantung.
Tgk btol2.. Tgk bhgian2 jntung.. Tgk mcm ne peredaran darah dlm jntung bgerak..


P/S: Sila buka mata besar2.. Lau mata anda sepet, sila tukar mata anda dgn mata ikan lolong.. Hahahaha.Gurau aje.. Lalalala..

Credit to: http://panscuh.blogspot.com/p/bank-nota.html
               http://cikgunurulsblog.blogspot.com
Sharing is Caring ^-^

Bab 1: RESPIRASI


Assalamualaikum semua..

Rindunya pd kamoo.. 
Sory da lme cikgu x update blog cikgu.. De mslh teknikal..
Teknikal laa sgt.. Huhu.. 
Mrepek pe ntah cikgu nie.. ngee..
Ok, kali nie cikgu de nota bagi bab 1 iaitu bab respirasi atau dlm bhsa Inggeris, respiration..
Smoga nota nie akan mbntu kamo yg t'utamanya brda di form 3 yg akn mgmbil peperiksaan PMR x lme lg.. Blh laa dijdikn rujukn tmbhn..
Ok, c u next time.. daaa.. (^^)


Mekanisme Pernafasan Manusia

   

a) Sistem pernafasan manusia.



Sistem pernafasan manusia.

Bahagian
Struktur
Fungsi

  1. Rongga nasal
  • Rongga yang terdiri dari tisu lembap dan rerambut halus.
  • Melembapkan udara yang melaluinya serta memerangkap habuk pada udara.
     2.  Trakea
  • Dinding luaran terdiri dari gegelang tulang rawan, manakala dinding dalamannya terdiri dari dari sel-sel epithelium dengan silia dan sel-sel yang merembeskan mucus.
  • Gelang tulang rawan menghalang trakea daripada binasa. Silia dan mukus membantu untuk memerangkap habuk dan mikro organisma yang ada dalam udara.
    3.  Bronkus
  • Dua cabang dari trakea yang menuju ke paru-paru.
  • Udara terus ke paru-paru kiri dan kanan.
    4.  Paru-paru
  • Lembut, seperti span, serta kaya dengan saluran darah dan alveoli.
  • Tempat berlakunya pertukaran gas.
   5.  Tulang rusuk
  • Tulang-tulang yang berbentuk sangkar di dalam rongga toraks.
  • Melindungi paru-paru.
   6.  Diafragma
  • Otot berbentuk kubah ketika dalam keadaan rehat.
  • Memisahkan rongga torak daripada rongga abdomen.
   7.  Otot intercostal
  • Tisu otot di antara dua tulang rusuk. Ia juga dikenali sebagai otot rangka.
  • Menggerakan tulang rusuk.



b) Struktur paru-paru manusia.



Paru-paru manusia.

Paru-paru (lung) adalah organ utama pernafasan (main respiratory organ) manusia.

Manusia mempunyai sepasang paru-paru, iaitu paru-paru kiri dan kanan.

Paru-paru adalah lembut dan seperti span, dan terletak di dalam rongga toraks (thoracic cavity) yang dilindungi oleh tulang rusuk (ribs).

Permukaan paru-paru dilitupi dengan cecair untuk mengurangkan geseran (friction) semasa proses pengembangan dan pengecutan.

Terdapat cabang-cabang halus dalam paru-paru yang dikenali sebagai bronkiol. Bronkiol dicabang keluar dari bronkus.

Terdapat banyak kantung udara di hujung bronkiol yang dikenali sebagai alveoli. Pertukaran gas berlaku di sini.

Peranan sistem pernafasan manusia untuk menghasilkan tenaga melalui tiga mekanisme:
  1. bernafas untuk mendapatkan oksigen.
  2. mengangkut oksigen daripada darah ke sel-sel badan.
  3. respirasi sel untuk mengoksidakan makanan menggunakan oksigen dalam sel-sel badan.

1. Bernafas

Bernafas (breathing) adalah proses dimana udara diambil masuk dan keluar dari tubuh manusia untuk membolehkan pertukaran gas berlaku di dalam paru-paru.

Bernafas melibatkan proses berganti menarik nafas (inhalation) dan menghembus nafas (exhalation) melalui tindakan diafragma dan otot intercostal.

Penyedutan membolehkan udara dari atmosfera akan disedut masuk ke dalam paru-paru, manakala penhembusan nafas membolehkan udara diusir keluar dari paru-paru ke atmosfera.

Proses menarik nafas dan menghembus nafas adalah disebabkan oleh tindakan diafragma dan otot intercostal.
  • Diafragma adalah lapisan otot di bawah paru-paru. Apabila dalam keadan rehat, ia berbentuk seperti kubah, yang melengkung ke atas.
  • Diafragma berfungsi untuk perubahan tekanan udara di dalam rongga toraks.
  • Otot intercostal adalah otot yang berada diantara tulang-tulang rusuk. Ianya terbahagi kepada dua lapisan, iaitu otot intercostal luar dan otot intercostal dalam.
  • Otot intercostal berfungsi untuk menggerakkan tulang rusuk.


Otot-otot intercostal.



Mekanisme pernafasan


Menarik nafas (inhalation)

Fungsi menarik nafas adalah untuk menarik oksigen dari udara ke dalam sel-sel badan.

Semasa menarik nafas,
  • diafragma mengecut dan mendatar.
  • otot intercostal luar mengecut dan menaikkan tulang rusuk ke atas dan ke hadapan.
Pergerakan diafragma dan tulang rusuk itu seterusnya akan meningkatkan isipadu rongga toraks.

Tekanan udara di dalam paru-paru berkurangan dan lebih rendah daripada tekanan atmosfera luar.

Jadi, udara dari atmosfera akan dipaksa masuk ke dalam paru-paru sebagai udara yang disedut semasa menarik nafas. 


Menghembus nafas (exhalation)

Fungsi menghembus nafas adalah untuk membuang karbon dioksida daripada sel-sel badan.

Semasa menghembus nafas,
  • diafragma dalam keadaan rehat dan melengkung ke atas berbentuk seperti kubah.
  • otot intercostal dalam mengecut, akan merendah dan mengembalikan kedudukan tulang rusuk ke kedudukan asal.
Pergerakan diafragma dan tulang rusuk itu seterusnya akan mengurangkan isipadu rongga toraks.

Tekanan udara dalam rongga toraks bertambah dan melebihi tekanan atmosfera luar.

Jadi, udara di dalam paru-paru dipaksa keluar sebagai udara yang dihembus semasa menghembus nafas.



Pengangkutan Oksigen Dalam Badan


Semasa bernafas, kepekatan oksigen di dalam udara yang disedut adalah lebih tinggi berbanding dengan kandungan oksigen didalam kapilari darah.

Darah beroksigen masuk ke dalam paru-paru melalui rongga hidung, trakea, bronkus, bronkiol, dan akhirnya alveoli.

Alveoli adalah kantung-kantung kecil di mana pertukaran gas berlaku.

Struktur alveoli.

Semasa pertukaran gas berlaku, oksigen akan diangkut dari alveolus ke sel-sel badan, manakala karbon dioksida akan diangkut dari sel-sel badan untuk dikeluarkan melalui paru-paru.

Penyebaran oksigen daripada alveolus kepada kapilari darah:
  • Alveoli mempunyai permukaan yang lembap, dinding nipis dan dikelilingi oleh banyak kapilari darah.
  • Oksigen yang terkumpul akan dilarutkan dahulu pada permukaan lembap alveoli. Ini menyebabkan kepekatan oksigen di dalam alveoli meningkat.
  • Apabila kepekatan oksigen di dalam alveoli adalah lebih tinggi berbanding dengan kapilari darah, oksigen akan diangkut dari alveolus ke kapilari darah dengan cara resapan mudah (simple diffusion).
  • Membran nipis alveoli meningkatkan kecekapan penyebaran darah. Oleh itu, lebih banyak oksigen dapat diserap ke dalam kapilari darah.
  • Penyebaran oksigen ini berlaku berterusan sehingga molekul oksigen dapat menembusi dinding kapilari darah dan akhirnya masuk ke dalam aliran darah.

Penyebaran oksigen daripada alveoli ke kapilari darah.

Pengangkutan oksigen oleh darah:
  • Darah adalah sejenis bendalir tisu yang mengalir dalam kapilari darah.
  • Darah bertindak sebagai medium pengangkutan oksigen yang cekap disebabkan bantuan dari hemoglobin (haemoglobin).
  • Hemoglobin adalah pigmen merah yang terdapat di dalam sel-sel darah merah (eritrosit).
  • Hemoglobin merupakan pembawa oksigen yang penting kerana ianya lebih mudah mengikat oksigen berbanding dengan air dan plasma darah.
  • Oksigen mengikat dengan hemoglobin dalam bentuk oksihemoglobin yang mana lebih stabil. Dengan kata lain;   Hemoglobin + Oksigen  Oksihemoglobin.
  • Oksihemoglobin ini akan dibawa dengan darah ke bahagian-bahagian badan yang kekurangan oksigen.

Penyebaran oksigen daripada kapilari darah ke sel-sel badan:

Penyebaran oksigen daripada kapilari darah ke sel-sel badan.
  • Apabila sampai ke sel-sel badan yang kekurangan oksigen, oksihemoglobin akan terurai untuk melepaskan oksigen dan hemoglobin. Dengan kata lain;   Oksihemoglobin + Oksigen  Hemoglobin.
  • Oksigen yang dilepaskan akan diserap oleh sel-sel badan, manakala hemoglobin akan kembali ke paru-paru untuk mengikat oksigen baru.
Pada masa yang sama, karbon dioksida daripada sel-sel juga akan meresap ke dalam kapilari darah untuk dibawa oleh hemoglobin ke alveoli.

Kemudian, karbon dioksida akan diusir keluar daripada paru-paru semasa proses menghembus nafas.

Kepentingan Menjaga Sistem Pernafasan


Sistem pernafasan akan terjejas jika ianya terdedah kepada bahan pencemar (pollutants) tertentu dan berlebihan.

Bahan pencemar terbahagi kepada dua jenis, iaitu bahan pencemar gas (gaseous pollutants) dan zarah-zarah halus.

Bahan pencemar gas terdiri daripada karbon monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbon, sulfur dioksida, dan plumbum, manakala zarah-zarah halus terdiri daripada habuk atau bendasing yang terdapat pada atmosfera.

Kebanyakan bahan pencemar adalah toksik toxic) dan karsinogenik (carcinogenic). Ketoksikan adalah kualiti bahan-bahan yang boleh merosakkan sel-sel hidup, manakala karsinogenik adalah kualiti yang boleh membawa kepada pengeluaran sel-sel kanser.

Bahan-bahan toksik dikenali sebagai toksin (toxin), manakala bahan-bahan karsinogenik dikenali sebagai karsinogen (carcinogens).

Kita mesti mengelak daripada merokok kerana ianya boleh merosakkan sistem pernafasan.

Suatu eksperimen untuk menunjukkan kesan-kesan asap rokok ke atas kapas putih boleh dijalankan seperti berikut: kapas ini adalah satu analogi paru-paru manusia.


1) Radas disediakan seperti rajah di atas.

2) Puntung rokok yang sedang menyala ditetapkan pada sebelah tiub U.

3) Pada akhir eksperimen, didapati bahawa:
  • Termometer menunjukkan bahawa bacaan suhu menjadi lebih tinggi daripada suhu bilik. Ini menunjukkan bahawa asap rokok boleh meningkatkan suhu paru-paru.
  • Kapas putih bertukar menjadi keperangan (brownish) dengan tompok-tompok hitam. Ini menunjukkan bahawa asap rokok mengandungi tar.
  • Air dalam balang bertukar menjadi kekuningan (yellowish) kerana bahan pencemar dalam asap rokok larut di dalamnya.
  • Air menjadi berasid selepas 2-3 rokok dibakar. Ini menunjukkan bahawa asap rokok mengandungi gas berasid yang boleh makan di sel-sel epitelium pada alveoli.

Menghargai Sistem Pernafasan Yang Sihat

Sistem pernafasan adalah salah satu daripada nikmat tuhan. Kita harus bersyukur kerana dikurniakan organ pernafasan yang membolehkan kita bernafas untuk terus hidup.

Oleh itu, kita mestilah menjaga dan memelihara kesihatan paru-paru kita agar ia dapat melaksanakan fungsinya dengan lebih cekap.

Bagi memastikan kecekapan fungsi dan kesejahteraan sistem pernafasan, kita mestilah:
  • Menjauhkan diri daripada merokok.
  • Tidak menghidu bahan seperti gam dan petrol yang boleh merosakkan sel-sel pernafasan serta membawa kepada ketagihan.
  • Tidak menyembur racun serangga dalam keadaan pintu dan tingkap ditutup.
  • Buka semua tingkap untuk meningkatkan dan memperbaiki pengudaraan di dalam bilik.
  • Elakkan bernafas dalam debu dan kekotoran yang boleh mencemarkan paru-paru.
  • Memakai peralatan perlindungan apabila mengendalikan bahan kimia yang melepaskan gas toksik.
  • Melakukan senaman di ruang yang terbuka dengan udara segar. Selalu melakukan senaman membolehkan kita memperbaiki jantung dan otot-otot, dan juga membantu mengelakkan sesak nafas.
  • Selalu membersihkan rumah supaya udara yang kita sedut semasa bernafas bebas daripada habuk dan kotoran.
  • Tidak melakukan pembakaran sampah secara terbuka di kawasan dalam dan sekitar rumah.

Manusia harus mengekalkan (pada keadaan baik) dan memelihara kualiti udara dengan cara:
  • Mengharamkan pembakaran sampah secara terbuka.
  • Menggunakan petrol tanpa plumbum pada kenderaan bermotor.
  • Menjalankan kempen untuk memelihara dan memperbaiki indeks kualiti udara.

Sharing is Caring ^-^

Thursday, March 14, 2013

CoRaT-cOrEt



Assalamualaikum w.b.t 

Alhamdulillah dgn izinNYA, detik 14 Mac 2013 Cikgu blh mula mneruskn keje2 di dlm blog yg x seberapa ini.. Sebelum ini byk kekangan utk mneruskn kje2 blog cikgu. Harap sape2 yg da mula view blog cikgu nie dpt mnunggu dgn sabar.. huhu.. Mcm skema lak ayat yg cikgu guna :)

 Ok, tanpa mbuang masa cikgu nak mperkenalkan diri cikgu dlu. Ye la org ckp, "x kenal maka x cinta".. Bile da kenal mula laa bcinta2.. FalsAfah pe laa cikgu guna nie yek? hahaha.. Abaikan.. Nama diberi Siti Fairus binti Hussin.. Msti bile korg smua baca nme cikgu nie msti automatik tros ingt nme seorang penyanyi mse era 60-an kan? huhu.. Nama nie diberikan oleh seorang nurse hospital yg cikgu dilahirkan tuu. Mybe die peminat penyanyi tu kot.. huhu.. Korg bley paggil cikgu dgn nme Cikgu Rose.

Msti korg tpikir2 kan sama ada cikgu nie "REAL TEACHER" atau x kan? Sbnnrye, cikgu nie skrg msih mnuntut di salah satu pusat pengajian tinggi di Malaysia. Skrg nie cikgu da sem last. Cikgu mgambil jurusan Pendidikan Pengurusan Perniagaan. Tu major cikgu, mnkala minor cikgu pula Multimedia Technology. Oleh sbb tu la, maka wujudlah blog yg masih dlm proses pnmbahbaikan ini krna cikgu x prnh pon bkecimpung dlm mna2 istilah bkaitan blog nie.. kalau de pe2 yg korg rse x cantik or x mnrik hope dimaapkan yeh.. :)





Cikgu mmilih sbjek Sains sbgai sbjek utk blog nie krna ingin lbh mdalami sbjek nie bdasarkn pglman yg prnh diperolehi.. Rmai yg ckp sbjek nie senang, tp bg cikgu susah la jgk krna cikgu x prnh de basic mgenai sbjek nie mse kat sek menengah dlu. Bile ja msuk u, cikgu kena ambik paper nie.. Mula la tkontang-kanting.. hahha.. Finally, dgn usha dan bntuan dr pensyarah dan kwn2 cikgu, ianya mbuahkan hasil. 



Sbnrnye, alasan x prnh bljr mse sek menengah dlu bukannya alasan yg logik utk mberi sbb knpa kita x fhm pe yg pensayarah atau cikgu kita ajar, ini adalah krna ianya bgntung pd diri kita sdri.. Lau nk brjaya dgn cemerlang, maka usha pon kena laa lbh ckit.. Pjg lebar lak cikgu bceramah ye.. Tu bukan ceramah, tu sbgai nasihat.. :) 

Sblom cikgu mgundurkn diri dr corat-coret cikgu yg x tau smpai bile nk hbs, cikgu nk mmaklumkn bhwa cikgu akan msukkn hasil sukatan pelajaran  Sains Tingkatan 4 in Malay. Sape2 yg nk guna atau mmerlukannya sila la ambik.. "Sharing is caring" right? Gunalah mklumat yg ada utk mbntu korg dlm pljrn atau utk guru-guru baru yg akan mula mjdi pendidik anak bangsa.. Cikgu sekadar manusia biasa yg sentiasa mcari ilmu pengetahuan dlm menempuhi hari2 yg mendatang.. Gud luck cikgu ucapkn.. Semoga bjmpa lagi dlm coretan strosnye..

Salam syg dr Cikgu Rose dan Assalamualaikum..

Sharing is Caring ^-^